Tokoh Pendidikan Islam Patani Kajian Kes Tuan Guru Haji Wan Idris Bin Haji Wan Ali (Baba Yeh Tok Jum)

ผู้แต่ง

  • Abdul Ramae Sulong Ph.D. ( Islamic Civilization), Lecturer, Master of Teaching Islamic Education Program, Faculty of Education, Yala Rajabhat University

คำสำคัญ:

Pendidik Islam, Patani, Tuan Guru Haji Wan Idris Bin Haji Wan Ali

บทคัดย่อ

Artikel penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji biografi Tuan Guru Haji Wan Idris Bin Haji Wan Ali (Baba Yeh Tok Jum) dan mengkaji sumbangan Tuan Guru terhadap masyarakat Islam Patani. Artikel penyelidikan ini adalah bersifat kualitatif yang menggunakan wawancara dan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Didapati bahawa Baba Yeh dan guru-guru lain telah memainkan peranan penting dalam masyarakat Islam di tiga wilayah sempadan selatan khususnya dan wilayah jiran dan memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat Islam khususnya dalam bidang pendidikan. Baba Yeh telah menubuhkan sebuah pondok yang beliau sebagai ketua kepada institusi pendidikan yang terkenal di Pattani dan mengajar sebanyak 13 disiplin ilmu seperti ilmu tauhid, bahasa Arab, tasauwuf dan lain-lain selama 35 tahun, sama dengan masa yang beliau telah belajar. Beliau sempat mengajar semua mata pelajaran yang belaiu pelajari sehingga dapat menghasilkan pelajar daripada beberapa bahagian daripada Thailand seperti Pattani, Narathiwat, Yala, Songkhla, Satun, Phang Nga dan Bangkok. Sebahagian daripada mereka merupakan anak-anaknya sendiri dan juga menantu-menantunya. Sebahagian daripada muridnya menjadi guru pondok, pemimpin agama di berbagai kampung dan sebagainya. Di samping itu, beliau telah menerjemahkan buku "Risalah al-Mu'awanah" ke dalam bahasa Melayu dan menulis sebuah buku bagi menjawab soalan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Pattani.

References

Abdul Qadir Husin. (2003, Januari 26). Kawan Semasa Belajar di Pondok Semela. Wawancara.

Abdul Rasyid Chek Leh. (2002, Disember 31). Jiran Baba Yeh. Wawancara.

Arifin Tamphu. (2003, Julai 11). Guru Agama. Soal Selidik.

Baba Abdul Qadir Hutan Agu. (2003, Julai 22). Baba Sekolah Bakong Pittaya Nongcik. Wawancara.

Baba Abdul Qadir Taqaddam. (2003, Julai 29). Baba Sekolah Satsamakhi Nongcik. Wawancara.

Baba Abdul Rasyid Carak Kerian. (2003, Julai 26). Tuan Guru Pondok Dar al-Hadith, Carak Kerian. Wawancara

Baba Lah (Abdullah Sulaiman). (2003, January 11). Menantu Ke Empat Baba Yeh dan Pengganti Baba Yeh Orang Pertama. Wawancara.

Baba Mud (2003, Julai 11). Tuan Guru Pondok Wittaya Islam dan Ahli Jawatan Kuasa Majlis Agama Islam Wilayah Pattani. Soal Selidik.

Seng Mama’ (2002, Disember 6). Sepupu Baba Yeh dan Kawan Semasa Belajar di Pondok Bendang Gucil. Wawancara

Ismail Mama’ (2003, Julai 11). Guru Mengajar Agama di Pondok Baba Yeh. Soal Selidik.

Tuan Ding Tuan Deng. (24 Disember 2003, Disember 24). Menantu Baba Yeh Yang Pertama dan Tuan Guru Pondok Wattanasan, Sungai Padi. Wawancara.

Zakaria Abdullatif (2003, Februri 8). Menantu Baba Yeh Yang Ke Enam dan Pengganti Baba Yeh Selepas Baba Lah. Wawancara

Downloads

เผยแพร่แล้ว

24-06-2019

How to Cite

Sulong, A. R. (2019). Tokoh Pendidikan Islam Patani Kajian Kes Tuan Guru Haji Wan Idris Bin Haji Wan Ali (Baba Yeh Tok Jum). วารสารอิสลามศึกษา มหาวิทยาลัยสงขลานครินทร์, 10(1), 39–50. สืบค้น จาก https://so03.tci-thaijo.org/index.php/JOIS/article/view/197344